Retrenchment....What?
Apa itu “Retrenchment”?
Maksudnya nak buang pekerja la or nak kecik kan man power,selalu yang bilis2 ni la jadi mangsa,dalam makna lain company dah overhead disebabkan
kejatuhan harga minyak dunia( klik sini)
.Sudah hampir 3 tahun aku kerja oil & gas. Kalau harga minyak still tak
naik lagi, bukan sahaja kontraktor2 boleh bungkus, dengan client2 pon tutup
kedai. So harap2, tahun 2016 ni harga minyak dapat stabil balik. Orang cakap
harga minyak ni macam ditelan mati emak, diluah mati bapak. Naik salah, tak
naik pon salah. Cerita aku bermula selepas aku tamat pengajian di UiTM Shah
Alam pada penghujung 2012.
So, dalam masa 3
tahun, 3 cabang bidang aku kerja. Bermula dengan di atas kapal/barge kemudian
di atas pelantar minyak dan kini di construction. Boleh pecah kepala ni. Why masuk
construction? Dah la cuti pon payah, kerja tengah panas, low paid bla22222. Dalam
seminggu boleh cuti 1 hari sahaja. Baik lagi kerja offshore. Inilah orang kata,
meneruskan kelangsungan hidup dikala harga minyak jatuh.Bukan nak kasi takut
adik2 yang sedang mencari pekerjaan, tapi itu lah realiti di alam pekerjaan. Dapat
peluang kerja sebat ja dulu. Kini bidang oil & gas bukan lagi menjadi
bidang yang secure untuk future, tapi bak kata “Hj Din” (ex-boss aku) oil &
gas ni ada pasang surut dia. Almost 5 bulan jagak la aku tanam anggur dekat
rumah sebelum aku start kerja baru, memang best la.
Time tanam anggur dulu, baru tunjuk skill. |
Awal pagi di Erb West |
Waktu di offshore Terengganu |
Biasa tak dak line la, selamat ada wifi kapal penginapan. |
Erb West,offshore sabah Waktu malam |
Buat Bosiet dekat Pasir Gudang. |
Job laser scanning |